LESEN GDL VOKASIONAL
Lesen Memandu Vokasional GDL (Goods Driving License) adalah suatu lesen yang membenarkan pemandu membawa kenderaan perdagangan atau perkhidmatan awam. Hanya pemandu-pemandu yang memiliki lesen khas GDL sahaja yang boleh memandu kenderaan tersebut. LESEN GDL kelas D hanya RM299 di SDC Lesen ini dikeluarkan kepada pemohon yang telah memiliki lesen memandu kompeten (pemohon lesen konduktor tidak disyaratkan memiliki lesen memandu) dan lulus dalam ujian kelayakan vokasional yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan. Dengan mempunyai lesen Kereta Manual (D) tidak bererti anda boleh membawa semua jenis kenderaan. Ia adalah syarat yang paling penting untuk mendapatkan lesen GDL Vokasional. Tetapi perlu diingatkan bahawa hanya lesen kereta manual sahaja dibenarkan bukan lesen kereta automatik. ............................................................................... Syarat -Syarat Permohonan Lesen Vokasional - Warganegara Malaysia - Mempunyai lesen me...