Langkah - langkah Belajar Motosikal B2/B

Teknik Belajar Motosikal B2 dan B Full

Syarat umur untuk memohon Lesen motorsikal adalah 16tahun dan ke atas.
Setelah Lesen LDL dikeluarkan calon wajib menghadiri KPP02 selama 9.5jam. Calon diberi 6jam untuk latihan praktikal di jalan raya. 6 jam praktikal merangkumi teknik-teknik dibawah:-

TEKNIK UJIAN PUSINGAN 8:

  1. Tidak melanggar benteng
  2. Membuat satu setengah pusingan
  3. Kaki tidak mencecah atau pijak jalan
  4. Calon tidak jatuh dari motosikal atau roda tidak terangkat

 TEKNIK MENITI DI ATAS PAPAN:

  1. Roda tidak keluar dari papan
  2. Kaki tidak mencecah atau pijak papan
  3. Calon tidak jatuh dari motosikal
  4. Tidak kurang dari 7 saat.

  TEKNIK MENUNGGANG DI ANTARA KON:

  1. Tidak Melanggar kon
  2. Tidak Menyentuh atau melanggar benteng
  3. Kaki tidak mencecah atau pijak jalan
  4. Calon tidak jatuh dari motosikal dan roda luar tidak terangkat

 TEKNIK BREK KECEMASAN:

  1. Calon tidak jatuh dari motosikal dan roda luar tidak terangkat
  2. Membrek di dalam kotak
  3. Tidak melebihi garisan berhenti
  4. Menggunakan brek kaki dan tangan

TEKNIK MENUNGGANG DI SELEKOH TAJAM:

  1. Tidak melanggar benteng
  2. Kaki tidak mencecah atau pijak jalan
  3. Calon tidak jatuh dari motosikal atau roda luar tidak terangkat
  4. Berhenti di garisan berhenti

TEKNIK UJIAN AMALI (JALAN RAYA) BAHAGIAN 3:

  1. Menggunakan topi keledar dengan betul
  2. Tidak menghidupkan enjin dalan gear
  3. Nyalakan lampu hadapan
  4. Melihat ke belakang sebelum bergerak
  5. Beri keutamaan kepada kenderaan di jalan besar
  6. Memberi isyarat dengan betul
  7. Enjin tidak mati melebihi tiga kali
  8. Penggunaan gear yang sesuai
  9. Dapat mengimbang badan atau tidak terkeluar dari laluan tak rata (kelas B sahaja)
  10. Memandu disebelah kiri
  11. Berhenti mengikut peraturan pemanduan berhemat
  12. Kaki tidak mencecah jalan
  13. Tidak melanggar benteng
  14. Tidak jatuh dari motosikal
  15. Tidak terlibat dalam kemalangan

Comments

Popular posts from this blog

CARA TAMBAH KELAS LESEN MEMANDU (D, DA, B2 DAN B)

LESEN MEMANDU TERMURAH DI PETALING JAYA!

RAYUAN LESEN MEMANDU TAMAT TEMPOH

Etika Berpakaian Semasa Kursus, Belajar dan Ujian

LESEN GDL VOKASIONAL