Cara Dan Langkah Untuk Mendapatkan Lesen Memandu 2017

SAFETY DRIVING CENTRE (SEL) SDN. BHD

INSTITUT MEMANDU YANG MENAWARKAN PAKEJ LESEN MEMANDU YANG SANGAT BERPATUTAN!!

CARA DAN PROSES MENDAPATKAN LESEN MEMANDU

1-Pastikan Jenis Lesen & Had Umur
·         Motorsikal - 16 tahun
·         Kereta – 17 tahun

2- Kelas Yang Wajib Dihadiri
Kursus-kursus yang wajib anda hadiri ialah:-
        i.            Kursus KPP 01 (Kursus Pendidikan Pemandu) – 6Jam
      ii.            Ujian undang-undang berkomputer.
Anda perlu menjawab 50soalan dan lulus minima 42soalan ke atas
    iii.            Lesen L akan diproseskan
    iv.            Kursus KPP 02 – 6Jam
      v.            Latihan Praktikal di jalanraya & Ujian Penilaian (QTI)
    vi.            Ujian Praktikal JPJ – litar & jalanraya
  vii.            Proses Lesen P

Kursus Pendidikan Pemandu 01 (KPP 01)
·         Kursus dijalan pada hari SABTU & AHAD untuk lesen KERETA manakala untuk MOTORSIKAL hanya pada hari SABTU
·         Bermula 9.30 pagi hingga  4.00 petang
·         Berpakaian kemas seperti berseluar panjang, berbaju kolar dan berkasut penuh setiap kali anda menghadiri kelas memandu
·         Sah laku sijil KPP 01 adalah 1 tahun

Ujian Undang-undang Berkomputer
·         Selepas 1 minggu anda menghadiri KPP 01 anda boleh menduduki ujian berkomputer
·         Isnin – Jumaat ( 8.30pagi – 11.45pagi / 2.00petang – 3.30petang)
·         Markah lulus adalah 42/50
·         Jika gagal anda perlu menduduki semula dengan bayaran ulangan RM30

Lesen L
·         Proses Lesen L lebih kurang 7hari – 10hari
·         Anda akan dihubungi setelah  Lesen L di keluarkan


KPP 02

  1. ·         Kursus selama 6Jam
·         KPP 02 adalah latihan amali litar iaitu merangkumi
-Persedian Sebelum Memulakan Perjalanan
-Kawalan Kenderaan Di Litar
·         Sijil akan dikeluarkan setelah anda selesai kursus
       
       KPP 03
·         Latihan Praktikal di jalanraya
·         Ujian Pra Penilaian (QTI)

Ujian Praktikal JPJ
·         Terdapat 2 bahagian iaitu Litar dan Jalanraya
·         Anda perlu lulus kedua-duanya untuk mendapatkan Lesen P
·         Anda perlu lulus bahagian Litar dahulu  dan kemudian barulah anda layak ke bahagian Jalanraya

Lesen P
·         Setelah lulus ujian praktikal JPJ, anda perlu menyerahkan kepada kami:-
                                i.            Keputusan Ujian Praktikal JPJ
                              ii.            1 keping gambar
                            iii.            1 keping Salinan MYKAD
                            iv.            1 keping Salinan Lesen L
                              v.            Bayaran Lesen P
·         Anda akan dihubungi apabila Lesen P sudah dikeluarkan

UNTUK KETERANGAN LEBIH LANJUT SILA HUBUNGI :-
SAFETY DRIVING CENTRE
03-79570370(HQ)
03-79606090(PJ)
03-78806090(KJ)
03-56222090(MENTARI COURT)


Comments

Popular posts from this blog

CARA TAMBAH KELAS LESEN MEMANDU (D, DA, B2 DAN B)

LESEN MEMANDU TERMURAH DI PETALING JAYA!

RAYUAN LESEN MEMANDU TAMAT TEMPOH

Etika Berpakaian Semasa Kursus, Belajar dan Ujian

LESEN GDL VOKASIONAL